Monday, August 31, 2009

Ambang Merdeka @ Kelab Shah Alam

Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke-52 tahun ini sangat istimewa kerana disambut pada bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Bersempena dengan hari bersejarah ini SELANGORfm terlibat dalam sambutan ambang merdeka di Kelab Shah Alam yang dimulakan dengan majlis berbuka puasa. Antara DJ yang terlibat ialah DJ Syed, DJ Fairuz dan DJ Azura.

Majlis malam itu diacarakan oleh Teruna SELANGORfm, Noor Izwan Abdul Malik.

Antara artis jemputan yang memeriahkan sambutan ambang merdeka...Ali M'phire

...dan juga Wana (Mystar LG)
Jom kita tengok corat-coret warga kerja SELANGORfm setelah kekenyangan berbuka puasa. Juadah yang disediakan pada malam itu cukup menyelerakan. Sambil-sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan yang cukup meriah dari Kumpulan Bale Bale.

Sunday, August 9, 2009

Inilah GADIS & TERUNA SELANGORfm...

KLANG - 9 Ogos 2009, Pencarian selama 6 bulan oleh krew penerbitan PENCARIAN GADIS & TERUNA SELANGORfm akhirnya menemui jawapan, apabila petang tadi bertempat di Jusco Bukit Raja...Siti Nur Izaura Mohd Razis (Izaura) dan Noor Izwan Abdul Malik (Izwan) masing-masing berjaya merebut gelaran GADIS & TERUNA SELANGORfm dan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000 sumbangan Restoran Asam Pedas, Pakej Percutian ke Indonesia sumbangan LV Travel & Tours, Barangan kosmetik De'Wajah bernilai RM1,000 sumbangan Kosmetik De' Wajah, Barangan LENO sumbangan LENO dan tawaran berlakon drama/filem bersama Rosyam Noor sumbangan SUHAN Movies.
Tahniah buat Izaura dan Izwan!!!