Wednesday, February 10, 2010

Salam 1Malaysia: Rumah Diana Rozana

Destinasi Salam 1Malaysia kali ini singgah ke tempat yang tak berapa jauh dari Angkasapuri iaitu Ampang, rumah salah seorang pendengar bertuah SELANGORfm...Diana Rozana. Walaupun baru sahaja habis berpantang melahirkan seorang bayi comel, namun Diana Rozana tetap teruja menerima kunjungan kami.

DJ-DJ SELANGORfm ni memang pantang diajak bergambar, sampai tenggelam tuan rumah di belakang tu...ish ish ish!



Teruja betul Puan KBR kami dapat pegang bayi, tengok la mukanya tu!


Entah apa la yang seronok sangat si Fiza tu bersandar di belakang Wawa agaknya...



Aksi depan lensa kamera oleh DJ Sharul yang teramat biasa dilihat....




Monday, February 8, 2010

GEMPAK: BOLASEPAK BERAGAM 10-10

Pada 7 Februari 2010 yang lalu, program GEMPAK! SELANGORfm meneruskan agendanya dengan perlawanan bolasepak beragam 10-10 antara SELANGORfm dan penduduk Taman Batu Tiga, Shah Alam.

Sebagaimana namanya "Bolasepak Beragam"...perlawanan bolasepak antara dua pasukan ini menyaksikan para pemainnya mengenakan pakaian yang berbagai ragam. Ada yang berpakaian seperti tok bomoh Jawa, ada yang memakai rambut badut, ada yang berkain batik dan Abang JR kitalah yang paling istimewa...sanggup pinjam baju kurung batik dan tudung bawal si isteri semata-mata untuk beraksi sebagai penjaga gol SELANGORfm dengan penuh ayunya!



Pasukan SELANGORfm
...antara yang turun beraksi ialah DJ Zainal, DJ Syed, DJ Kris, DJ Nazrie, DJ Nas dan juga DJ Fazli.


Pasukan lawan "Taman Batu Tiga FC" yang berkobar-kobar nak kalahkan pasukan SELANGORfm....



Perlawanan pun bermula...


Waktu yang ditunggu-tunggu...upacara penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang.


...dan juga pasukan yang kalah...eh! mengalah, bukan kalah tau!



Ooooo...ooooo...Kak Zai dah bukak tudung, panas ek? Kesian Kak Zai...auwwwww!


Inilah yang dinamakan semangat kesukanan. Kalah atau menang, bukan menjadi ukuran. Yang penting...kemesraan yang dapat dijalinkan antara SELANGORfm dan masyarakat. Diharapkan selepas ini banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan bersama para pendengar SELANGORfm.

Monday, February 1, 2010

Salam 1Malaysia: Rumah Aunty Anne

Sepanjang Februari hingga Mac ini, krew-krew SLANGORfm akan membuat kejutan ke rumah para pendengar setia Radio Malaysia SELANGORfm dalam program yang dinamakan "Salam 1Malaysia". Sebaai pembuka tirai, kami telah memilih rumah seorang pendengar yang begitu ceria sekali setiap kali suaranya keudara melayan DJ-DJ yang sedang bertugas...siapa agaknya tu? Taka lain tak bukan...Aunty Anne!
Krew SELANGORfm yang menaiki sebuah van dan sebuah kereta sampai ke rumah Aunty Anne kira-kira jam 11.30 pagi. Antara yang menyertai rombongan Salam 1Malaysia ini ialah DJ Wawa, DJ Fazli, DJ Azura, DJ Kris, DJ Fiza, DJ Shaf serta 2 orang pelajar pelatih.
Terkejut kami denga sambutan yang menanti...penuh semeja dengan pelbagai juadah untuk kami. Khabarnya, Aunty Anne bangun seawal jam 3 pagi memasak untuk menyambut kedatangan kami. Begitulah terujanya Aunty Anne!

Jom kita lihat antara yang sempat dirakamkan sepanjang kunjungan kami ke rumah Aunty Anne...

























Ini semua aksi-aksi ular sawa kekenyangan...



Kami semua juga telah membuat kejutan buat Aunty Anne yang secara kebetulan pada hari itu meraikan hari ulangtahun kelahirannya...Selamat Hari Jadi Aunty Anne!!!
Kek sumbangan SELANGORfm

Tibalah masanya untuk pulang...penerbit Salam 1Malaysia, DJ Wawa menyampaikan cenderahati eksklusif dari SELANGORfm serta penaja ADILLA FITNESS CENTER kepada Aunty Anne.

Namun demikian, DJ Wawa sempat jugak 'pau' pokok Aunty Anne yang cantik menghijau di taman larangannya tu...hepppppp! Biasa dia tu....hehehehe!


Setelah bersalam-salaman, kami pun pulang dengan keadaan perut yang kekenyangan teramat sangat. Sedap betul Aunty Anne masak...Nanti jemput la kami datang lagi yer!
Nantikan kedatangan kami ke destinasi yang seterusnya! Rumah siapakah yang bertuah kali ini...tungguuuuuuu!