Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT DATANG 2010!!!

Pantasnya masa berlalu...sedar tak sedar, kita dah nak ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009 dang mengalu-alukan kedatangan tahun 2010 yang menjanjikan pelbagai warna...
Sempena kedatangan 2010 ni, jom kita tanya...apa agaknya azam tahun baru DJ-DJ SELANGORfm....

DJ ZAINAL RAHMAN

"Azam saya, mahu menjadi insan dan kakitangan terbaik. Ibarat kelapa, makin tua makin lemak dan berminyak."

DJ WAWA "Saya tak ada azam...redah dan redha hadapi apa saja."

DJ SHARUL "Azam tahun baru saya ialah ingin menjadi pekerja yang lebih cemerlang...dan anak yang terbaik kepada ibubapa saya."

DJ SHAF "Azam saya tahun ni nak pegang wang tunai RM1 juta...nak dapat payah, dapat pegang pun jadilah"


DJ KRIS"Cuba berusaha mencapai azam yang baru, memupuk minda untuk buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan kerjaya. Kita tak tahu berapa peratus yang perlu diusahakan dan kita tak perlu mendongak tinggi ke langit untuk memikirkan azam yang kita sendiri tak pasti. Cukup sekadar kita pandang ke hadapan dan ikut rentak sedia ada. Cuma sesekali, kita perlu percepatkan langkah agar peluang di hadapan, kita yang dapat dulu. Tapi dalam nak cepat tu, pastikan langkah tak sumbang. Yang penting kepuasan dan senyumku adalah pemangkin untukku melayari lembaran 2010!"

DJ FIZA "Azam untuk tahun 2010...mendapat sehelai kertas yang diiktiraf Malaysia, yang disampaikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agung dan bergelar graduan SARJANA....serta mendapat gelaran tunangan orang! Aminnnnn...."

DJ DASSKY"Saya ingin menjadi yang lebih baik dari tahun lepas. Walau bagaimanapun, syukur dengan rezeki dari Allah dan diharapkan rezeki akan terus bertambah di tahun-tahun akan datang. Lagi satu, saya akan cuba buat yang terbaik bagi menambah pendengar SELANGORfm."



DJ AZURA"Azam saya untuk tahun 2010 ni ialah untuk merealisasikan 3 impian saya sejak bertahun dulu iaitu memiliki rumah sendiri, menghasilkan sebuah novel dan mempunyai wang simpanan RM100,000.00 dalam akaun (ada siapa-siapa nak derma?)....harap-harapnya tercapai la azam ni. Semangaaaaaat!"

DJ FAZLI"Saya berazam mahu kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja."


DJ ZANA"Azam tahun baru 2010 saya....saya nak kahwin, nak kurangkan berat badan dan nak kumpul duit simpanan mencecah RM20,000...."


DJ NAZRIE FAHMI

"Azam saya pada 2010, nak jadi seorang yang terbaik dalam kerjaya dan hidup, InsyaAllah...serta nak langsaikan impian tahun lepas."

DJ NASA

"Azam saya....saya inginkan kesihatan yang baik dan dapat bekerja dengan sempurna. Ambil hanya hak kita dan ingin dekat denganNya."

Wednesday, December 16, 2009

Merry Christmas Kris!

Rakan penyampai kita...DJ Kris yang popular dengan rancangan puisinya yang romantis setiap malam di SELANGORfm, akan menyambut perayaan Hari Krismas 25 Disember ini. Bukan main berkobar-kobar lagi DJ Kris nak ambil cuti panjang untuk bersama keluarganya di Sabah bagi meraikan Krismas.
Untuk Kris yang sudah pun terbang ke Sabah beberapa hari yang lalu, Selamat Menyambut Krismas dari kami di Radio Malaysia SELANGOR fm! Salam 1Malaysia!!!

Monday, December 7, 2009

F&W Vs. "S Kuasa Dua"!

Hmmmm...bermula Oktober lalu, F&W yang menceriakan petang anda di Radio Malaysia SELANGORfm sudah ada pasukan lawannya. Bukan lawan bergaduh, tapi lawan untuk memeriahkan lagi Segmen Hangat di Stesen Pilihan Tepat ini....

F&W yang diserikan dua DJ comel...DJ Wawa dan DJ Fairuz akan bersama dengan pendengar di hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala "S Kuasa Dua" yang dimeriahkan dua nafas baru...DJ Sharul dan DJ Shafaiza akan bersama pendengar pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Pukul berapa agaknya tu? Waktunya ialah pukul 2 petang hingga 6 petang!

Apa itu F&W dan "S Kuasa Dua"? Haaaaa...kepada yang masih belum tau, F&W ialah singkatan kepada Fairuz & Wawa. "S Kuasa Dua" pula merujuk kepada Sharul dan Shafaiza. Pelbagai segmen berbeza akan menemui para pendengar setiap hari dan yang menariknya, selain dapat membuat permintaan lagu, pendengar turut berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi kuiz yang dikemukakan!

Jadi...jangan ketinggalan mendengarkan SELANGORfm di frekuensi 100.9 fm ataupun menerusi laman web di http://selangorfm.mmu.edu.my "Bukan Sebarang Stesen"!