Wednesday, September 30, 2009

RUMAH TERBUKA BADAN KEBAJIKAN RADIO 2009

Tanggal 30 September 2009, bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri kesemua warga kerja radio tidak mengira stesen...bergabung tenaga meraikan sambutan Aidilfitri dalam Majlis Rumah Terbuka Badan Kebajikan Radio. Kesemua stesen radio di Zon Tengah bergabung menghidangkan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.
Antara yang terlibat ialah tentunya SELANGORfm, KLfm, NEGERIfm, Klasik Nasional, MUZIKfm serta tidak ketinggalan Traxxfm, Minnalfm, Aifm, Asyikfm dan Suara Malaysia dan lain-lain. Memang meriah sangat...ada makanan yang lazat-lazat serta persembahan dari DJ-DJ serta kakitangan yang kesemuanya sangat 'sporting'...

Sunday, September 13, 2009

Program Bubur Lambuk 1Padu SELANGORfm

Pada hari Ahad, 13 September 2009, kesemua penyampai serta kakitangan SELANGORfm turun beramai-ramai ke Dewan Perpaduan, Batu Tiga, Shah Alam untuk menjayakan Program Bubur Lambuk 1Padu bersama penduduk Pangsapuri Seri Kayann dan Penduduk Taman Batu Tiga.
Seawal 10 pagi Dewan Perpaduan sudah meriah dengan kehadiran penduduk serta warga kerja SELANGORfm untuk bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk sekitar. Haaaa...jangan tak tau, petang tu sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk berjaya dihasilkan! Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Thursday, September 10, 2009

Program Merentas Kampus RTM-UKM

Bersempena dengan Konvokesyen UKM bulan lalu, RTM telah mengadakan program Merentas Kampus RTM-UKM dan SELANGORfm turut terlibat untuk membuka mini konti bagi memeriahkan lagi suasana. Antara DJ SELANGORfm yang terlibat ialah Kris, Fiza, Fazli dan Nas.

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Puasa di Konti

Walaupun di bulan puasa, namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tugas dengan sempurna di konti. Inilah suasana ketika waktu berbuka puasa bagi DJ yang bertugas dalam Segmen Mustika dan DJ yang akan bertugas dalam Segmen Santai. Tidak ketinggalan bagi editor berita serta penerbit-penerbit lain yang membuat suntingan. Inilah yang dinamakan pengorbanan....
Adalah disunatkan berbuka puasa dimulakan dengan 3 biji kurma.
Kemudian...barulah yang lain-lain, semestinya air la tu!Antara juadah yang sempat di'tapau' dari kedai...tunjuk-tunjuk je!

Editor Berita SELANGORfm...Shamsul Alwan.

DJ Fazli...lewat sikit jumpa nasi sebab bertugas dalam Segmen Mustika.

Rakaman Program Raya: Gempak Raya 2009

Nak sambut raya ni, SELANGORfm bakal menghidangkan banyak program-program menarik untuk para pendengar bagi memeriahkan lagi suasana Aidilfitri. Antara yang sempat diintai ialah rakaman Program Gempak Raya 2009 di mana dalam program ini anda berpeluang mendengar bakat-bakat terpendam DJ SELANGORfm menyanyi. Antaranya Zainal Rahman, Kris, Salbiah Sharif (Ketua Bahagian Rancangan SELANGORfm) Azura, Syed, Fazli, Nazrie dan ramai lagi. Ia berkonsepkan rumah terbuka iaitu Rumah Terbuka F&W. Jom kita lihat antara yang sempat dirakamkan...

Fairuz dan Wawa menemubual Zainal Rahman yang tahun ini gilirannya bertugas di Hari Raya, sedih katanya....

Gandingan serasi antara Kris dan Salbiah mendendangkan lagu "Seloka Hari Raya"


Azura pada mulanya cukup menggigil nak menyanyi, suara tak sedap katanya tapi bila dah pegang mikrofon, susah nak lepaskan pulak...

Rakaman ini turut dimeriahkan lagi dengan Teruna SELANGORfm, Noor Izwan Abdul Malik, dia nyanyi lagu Dato' Ahmad Jais...sedap suaranya!

Ha....ni Abang Juruteknik, kalau tak ada dia...tak keluar la suara-suara yang sedap sebab dia pandai "adjust" apa-apa yang patut...hahahaha!


Banyak lagi program yang telah disediakan oleh SELANGORfm istimewa di Aidilfitri ini. Jadi pastikan anda terus setia bersama kami...tidak kira di mana jua anda berada.

Saturday, September 5, 2009

Program Ramahkan Ramadhan Edisi Ke-2

5 September yang lalu, bertempat di Hotel Carlton Holiday & Suites, Program Ramahkan Ramadhan SELANGORfm untuk edisi yang kedua telah berlansung dengan meriahnya. Antara penyampai SELANGORfm yang terlibat kali ini ialah DJ Fairuz, DJ Nazrie, DJ Wawa dan juga DJ Azura.
Memang seronok sangat tambahan pula juadah yang disediakan oleh Carlton Hotel memang sangat meyelerakan terutama sekali sup gear box (yang digelar sebagai gear box kontena oleh DJ Fairuz). Majlis berbuka puasa kali ini turut disertai oleh pendengar SELANGORfm yang berjaya memenangi kuiz dalam segmen "Hangat" bersama F & W.
Saat menanti azan berkumandang. Semua dah tak sabar nak serbu makanan sebenarnya.

Bila azan dah berkumandang, inilah yang terjadi....

Fairuz mengerjakan sup gear box dengan bersungguh-sungguh.

Wawa ni, tak tau la apa yang dia nak makan sebenarnya, kamera atau makanan. Tapi nampak macam lebih berselera nak amik gambar jer gayanya...hehehe

Azura...Takkan sepinggan je kot?
Dah habis makan, sesi bergambar pula....
Akhir sekali, sebagai penghargaan...sedikit cenderahati disampaikan kepada pemenang kuiz untuk minggu itu, jauh datang dari Sekinchan. Jiran DJ Nas rupanya...
Hotel Carlton bukan sahaja menyediakan juadah yang lazat, malahan turut menyediakan hiburan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa. Penyanyi yang menghiburkan kami pada malam itu ialah Hail Amir...memang seronok dapat layan lagu-lagu retro!