Wednesday, January 20, 2010

Karnival "Jom Masuk U"

Pada 16 dan 17 Januari yang lalu, Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Karnival "Jom Masuk U" bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bagi memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya pelajar sekolah tentang bidang-bidang yang ditawarkan di Intitusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.
Bersempena dengan karnival ini juga, SELANGORfm telah dijemput untuk bergabung bersama 2 lagi stesen radio kampus iaitu Ufm dari UiTM Shah Alam dan juga Putrafm dari Universiti Putra Malaysia bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.


Sakinah dari Putrafm

Aiman dari Putrafm


Puan KBR, Salbiah Mohd Sharif yang kepenatan sehari suntuk berada bersama krew-krew yang lain

Adik-adik DJ radio kampus diberi peluang untuk keudara secara lansung dari lokasi ke SELANGORfm

Krew SELANGORfm yang bertungkus lumus selama dua hari bagi menjayakan karnival tersebut bagi pihak SELANGORfm

Antara tetamu yang ditemuramah


Krew-krew dari Ufm

Wednesday, January 13, 2010

KARNIVAL JUARA RAKYAT

Pada 8 hingga 10 Januari lalu, SELANGORfm telah turut serta memeriahkan Karnival Juara Rakyat yang berlansung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Krew SELANGORfm berasa begitu bertuah sekali kerana selain dapat bertemu penduduk Hulu Selangor, gerai SELANGORfm juga turut dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin besar negara yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet.

Banyak aktiviti telah dijalankan untuk para pengunjung oleh krew SELANGORfm. Antaranya ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga pertandingan karaoke. Punya la ramai pengunjung yang bertandang....pendek kata, tak menang tangan dibuatnya. Biarpun penat, namun kesemua yang bertugas di Bukit Sentosa sangat gembira dan berbesar hati dapat turut serta dalam program Karnival Juara Rakyat ini!

Jom kita tengok warna-warni di Bukit Sentosa bersama warga kerja SELANGORfm....

Pertandingan mewarna

Celoteh DJ Nazrie dan DJ Kadir yang begitu mencuit hati penonton



DJ Nas 'mendera' pengunjung dengan soalan kuiznya



Puan KBR kita pun layan karaoke gak....hmmmmm!


Abang ni 'control hensem' sambil bersedia nak tarik suara ala-ala Jamal Abdillah! Layan je la bang.....

Antara pemimpin negara yang bertandang ke gerai SELANGORfm
Dato' Noh Omar
(Menteri Pertanian & Industri Asas Tani)





Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(Menteri Pertahanan)


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
(Menteri Dalam Negeri)

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)

...dan juga tetamu-tetamu yang lain...
Dato' Ibrahim Yahya
(Ketua Pengarah Penyiaran)
...yang penting, Dato' pakai T-Shirt SELANGORfm yer!

Dato' Aziz Satar
(Pelakon veteran yang diminati setiap lapisan masyarakat 1Malaysia!)


Dalam sibuk-sibuk melayan pengunjung yang begitu ramai, krew SELANGORfm sempat membantu makcik-makcik di luar gerai yang mengacau bubur Asyura.

Tuesday, January 12, 2010

SELANGORfm@LAMAN BUDAYA, DATARAN MERDEKA

9 Januari lalu, SELANGORfm telah ke Laman Budaya, Dataran Merdeka bagi memeriahkan acara mingguan di sana. Pengunjung yang datang, berpeluang memenangi hadiah kuiz yang disediakan oleh SELANGORfm, selain dapat berhibur dengan dendangan lagu dari artis jemputan.
Antara penyampai SELANGORfm yang turut memeriahkan suasana ialah DJ Wawa, DJ Azura, DJ Sharul, DJ Nazrie dan ramai lagi.





DJ Corner...

Menemubual artis undangan...Winnie Kok.

Menerima kunjungan Timbalan Menteri Penerangan, YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum

DJ Sharul tak kenal lelah pusing keliling Dataran Merdeka untuk kutip derma bagi Tabung Kemanusiaan RTM

Alhamdulillah...ada juga yang sudi menderma. Terima kasih...

Krew-krew SELANGORfm yang turun memeriahkan Laman Budaya