Tuesday, April 21, 2009

MALAM PENAJA Di KELAB DIRAJA SHAH ALAM

Tanggal 17 April 2009, hari Jumaat, pukul 8 malam bertempat di Kelab Shah Alam telah pun berlansung dengan meriahnya majlis Malam Penaja bagi meraikan penaja-penaja yang membeli iklan di 3 stesen radio Zon Tengah iaitu SELANGORfm, KLfm dan NEGERIfm. Majlis yang bertemakan "GLITTERS OF THE NIGHT" itu, dimeriahkan dengan pakaian glamur yang "blink-blink from top to toe!" Jom kita tengok aksi-aksi sekitar majlis tersebut berlangsung...

Wajah-wajah ceria KBR, Pengarah, DJ-dj & rakan-rakan yang lain.


BARISAN ARTIS YG TURUT MENCERIAKAN MAJLIS
Mila dan Jamal Abdillah.
Dari kiri Mila bersama Dj Wawa, Pn. Salbiah bersama suami sempat merakamkan kenangan bersama Jamal Abdillah.

Juara Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan, Ibnu Farid & Sarah.




DJ-DJ SELANGORFM DI MALAM GEMILANG


DJ_AZURA

Nampak sedondon mereka berdua, berjanji ke?

DJ SURAYA
Bersama Dj Syed, Dj Fairus

Dj Suraya bersam Dj Azura. Kombinasi warna hitam dan merah jambu.

Inilah wajah "QUEEN OF THE NIGHT"


DJ WAWA
Dari kiri DJ di Negeri FM, Dj Wawa bersama salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Bersama DJ Mimi KLFM & DJ Azura


DJ ZAINAL & DJ NAZRI
Pengulas bola yang begitu "versatile" malam itu



DJ FAZLI & DJ NAS
Aksi bersantai mereka berdua


ANTARA AKSI DJ-DJ DI MALAM KILAUAN

Lelaki & Aura Wanita


JAMUAN YANG MENYELERAKAN


Rakan-rakan sedang asyik menjamu selera

bersama rakan-rakan yang lain.

Khusyuk, khayal mereka makan sampaikan gambar mereka dirakam pun mereka tidak menyedarinya.

ANTARA RAKAN-RAKAN LAIN
Mereka inilah orang 'kuat' untuk malam penaja. Dari kiri penerbitnya, Dasky Shah Ewas, penerbit penyelaras, Pn. Hamidah Aris dan turut membantu, Pn. Norashikin. Merekalah yang bertungkus lumus menjayakan malam kilauan ini. Tahniah kepada mereka dari kami warga SelangorFM.
Nampak lain sebelum majlis, rupanya inilah sentuhan jurusolek artis yang didatangkan khas dari....... untuk "make over" mereka semua.



HADIAH CABUTAN BERTUAH

Tuesday, April 14, 2009

Krew pengambaran


krew sedang shooting dj sedang berkonti...

Gelagat DJ-DJ bila "Off-Air"

DJ-DJ SELANGORfm ni bila on-air, ada yang serius,
ada yang agak 'gila-gila' tapi bila off-air,
macam-macam ragam. Tapi yang nak kita
tengok ni adalah 'aksi-aksi ganas' bila diberi
peluang melaram depan lensa kamera...
macam-macam ada!

DJ Nas & DJ suraya...Nas, baik-baik yer,
anak dara orang tuh! Bawa tepak sireh...
kalau berhajat la...hahahaha!

DJ Zainal Rahman & DJ Wawa....
Apa jadi bila Ole-Ole di pagi hari yang
sedap dimakan bertemu dengan
Hangat@SELANGORfm yang membara
di sebelah petang? Tu yang jadi merah
menyala sampai cekak-cekak pinggang...
aduhai!


DJ Nas & DJ Syed...Dua bujang yang
masih available...ada berani nak cuba
isi borang? Boleh, takde hal punya!

Anugerah "Ceria ke Tak Ceria" 2009.
Tak payah bagi kat orang lain, F & W yang
bolot semua!

Apa ke halnya pulak si DJ Nazri buat muka penyu macam
tu, hanya DJ Wawa dan DJ Suraya yang boleh tafsirkan,
penyu jenis apa gamaknya tu?

Amboi DJ Fiza...kot ye pun nak bergaya...
sampai depang tangan kasi tutup yang kat belakang tu,
senyum dah macam "Kak Hanita"! Kelasssssss gitu!

Monday, April 13, 2009

Lagi Gelagat DJ-DJ sebelum shooting bermula...


D'Debab Girls Vs. Jejaka Perasan Terhangat....
Puan Salbiah (KBR) yang turut sama beraksi hebat
depan lensa kamera hari tu bersama anak-anak buah...
DJ Nas, DJ Azura dan DJ Wawa.

Hangat sehangat F & W....ni la dua suara yang selalu
hangatkan hati dan hangatkan telinga, bukan setakat
dalam konti je nak bercakar, kat luar pun lebih
kurang jer...ceria ke tak ceria?

4 suara bergabung jadi satu...campur dengan satu lagi
suara emas yang dah lama tak berkumandang di RTM.
Nak tau siapa? Sila tengok gambar yang kat
bawah ni dulu...

Kalau anda nak kenal siapa gerangan yang empunya
diri bersama Puan Salbiah tu...inilah orangnya yang
kita selalu dengar suaranya membaca berita di radio
RTM, yang lunak merdu tapi sekarang ni dah bersara
la. Ladies & Gentlemen....
inilah Puan Mariamah Tijo.

Sunday, April 12, 2009

BOBOY.....permata hati DJ_Fairuzzzz....comel tak?


inilah boboy, dh beso nanti panggil BOY jer tau baru macho...now masih manja...hehehe
atau nama sebenarnya mohd Raif Zayyan bin Mohd
Fairus. Baby lahir 28hb MAC 2009 pukul 4.38pagi. Hari sabtu seberat 2.5kg skrg 2.7kg... taklama lagi sama beratlah dengan ayah dier...hehehe
masa ni boboy baru berumur 3hari....Tahniah kpd DJFairuzzz & pasangannya, ibu kpd boboy...
Nurzilawati mohd isa......atas kehadiran insan baru ini. TAHNIAH DR KAMI WARGA SELANGORFM....

Wednesday, April 8, 2009

Ujibakat PGT di UIAM, Gombak

Pencarian Gadis Dan Teruna (PGT) SELANGORfm bergerak ke lokasi kedua selepas UiTM Shah Alam. Kali ini krew PGT ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak bagi 'menggali' bakat-bakat terpendam students kat sana.
Juri yang bertanggungjawab untuk mencungkil segala yang terpendam dalam diri diorang ni ialah Puan Salbiah (Ketua Bahagian Rancangan SELANGORfm), Eizlan Yusoff (Pelakon) dan juga Fadlena Jafar (Pengarang Wanita, akbar Berita Harian).

Aktor kacak....ahaks! Eizlan Yusoff

KBR SELANGORfm...Puan Salbiah

Orang kuat suratkhabar...Fadlena Jafar

Madam Baiduri Ruslan...yang ni bukan juri tapi pensyarah di Jabatan Komunikasi UIAM yang begitu sporting bagi support pada students dia untuk mengetengahkan bakat diorang.



Okay...jom kita tengok gelagat para peserta yang kesemuanya memang d'booom!
Sempat bagi pose 'ganas' walau dalam hati panas sebab berdebar nak jumpa juri2...

Berdebar....lagi muka-muka yang nak 'cover' nervous...

Juruteknik yang setia menunggu dari awal pagi sampai ke senja...ramai woooo peserta yang datang audition, bagus tul bebudak UIAM nih!

Penat...Eizlan Yusoff dan DJ Azura bersama adik-adik COSA yang bertungkus-lumus menjayakan program ujibakat hari tu. Diorang ni la yang pegi tampal poster, gantung banner, gantung bunting...sangat bagus, rajin dan berdedikasi!

Eizlan Yusof, DJ Azura, DJ Fazli dan DJ Fairuz



Haaaaa...yang ni pulak antara posing maut DJ Fairuz, DJ Fazli dan juga Yani...suka hati korang la!

Makan time...sedap woooo!