Wednesday, May 27, 2009

PIKA@SFM

Program Selangorfm bersama Polis Diraja Malaysia setiap hari rabu, 3.30petang. Pada 27Mei 2009 selangorfm telah bersama DSP Zainuddin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, KLIA. Beliau membicarakan mengenai kecu rian di KLIA. Kepada orang ramai yang berada di KLIA mestilah sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang keselamatan barang-barang mereka. Berikut adalah sesi temuramah bersama beliau yang sempat dirakamkan oleh kakitangan RTM. Nampak serius DJ Nazri mendengar Tuan DSP kita berucap.

Monday, May 25, 2009

The Divine Master di Konti.


Inilah kumpulan Divine Master...sewaktu berkunjung ke konti...Mereka ini semua berasal dari Mambakut, Sabah. Lotter, anak muda berusia 26 tahun ini tidak hilang seperti disangka, sebaliknya dia masih melunaskan tanggungjawab sebagai anak seni walaupun penglibatan dirinya masih boleh dibilang dengan jari.Anak sulung daripada enam beradik ini rupa-rupanya bukan kosong, sebalik terisi dengan kemunculan The Divine Masters (TDM), sebuah kumpulan berpaksi kepada alunan irama rock alternatif. Kalau Lotter nekad membuat keputusan itu, barangkali ada kata-kata sinikal yang mengaitkan pemilik nama lengkap ini, Lotter P. Edwin Edin berjauhan hati dengan keadaan kurang membahagiakan diri.

Paling menarik, Lotter yang memegang takhta sebagai vokalis sebenarnya mengundang tiga adiknya; Lister berusia 24 tahun, Luther, (23) dan Leill Petrus Edwin Edin (18) yang mempunyai skil bermain alat muzik untuk bergabung, lantas meredah onak cabang seni yang tidak berkesudahan. Antara lagu-lagu yang sudah disiapkan dalam album ini adalah Di Sampingmu, Fell In Love, She's Gone dan Merpati.

Menurut lotter, lagu-lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh mereka serta ia juga mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan termasuk proses rakaman. Mereka rakamkan lagu-lagu ini di sebuah studio di Damansara. Pengalaman merakam lagu memang payah pada awalannya, namun lama-kelamaan mereka berjaya atasi kesulitan itu. Lagu Di Sampingmu sekarang sudah dimainkan di beberapa stesen radio tempatan. Tahniah kepada Lotter yang berani menubuhkan kumpulan untuk menyambung impiannya dalam bidang nyanyian.

Friday, May 15, 2009

KONSERT 100-9

Antara barisan artis dan dj-dj Selangorfm yang memeriahkan konsert 100.9. Malam konsert diserikan dengan Nadia, Azharina , Jay jay dan kumpulan Khalifah. Mari kita lihat antara kemeriahan malam gemilang itu.


Sesi menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.



Antara tetamu VIP yang hadir pada malam itu.Dari kiri Pn. Salbiah Sharif, Ketua Bahagian Rancangan, Wakil Pengarah IKBN, Pengarah Selangorfm, En Isamudin Ahmad dan YB ADUN Dusun Tua, Hulu Langat, En Ismail Sani.

Penonton yang membanjiri padang awam IKBN, Dusun Tua, Hulu Langat, dan antara petugas RTM yang bertungkus lumus memastikan siaran konsert berjalan lancar.



Ali Mamak dan Abon turut menjadi penyeri malam konsert itu. Antara pengacara majlis yang sempoi, kelakar dan banyak pesanan berguna yang diselitkan dalam lawak-lawak mereka. Adik-adik dari IKBN, kemeriahan mereka sempat bergaya di depan jurugambar RTM. Amboi cantik gigi masing-masing. Patutlah senyum sampai ke telinga.

Meriahnya malam konsert 100.9... Penonton yang hadir mencecah ribuan orang... Terima kasih atas sokongan warga IKBN, penduduk Hulu Langat dan pendengar Selangorfm.. Inilah antara sebahagian penonton yang dapat dirakamkan...Wajah mereka nampak berpuas hati dan seronok dengan kedatangan Selangorfm membawa artis-artis yang dikagumi mereka.....




Antara aksi 'gitaris' kumpulan Khalifah yang berjaya menambat hati penonton.

Tuesday, May 5, 2009

PROGRAM DI IKBN, DUSUN TUA HULU LANGAT

Pertandingan Bintang Klasik separuh akhir akan berlangsung pada 25hb APRIL pukul 9.00malam. Pada keesokkannya pula akan berlangsung Pertandingan Bintang Kecil separuh akhir pukul 10.00pagi....Ada banyak aktiviti menarik disediakan, antaranya pemeriksaan kereta secara percuma, pameran kelab kereta, agensi kerajaan dan swasta, sukaneka bersama warga dusun tua, temuduga terbuka pengambilan IKBN sesi JULAI 2009 dan gerai jualan. Dan malam kemuncaknya KONSERT ROCK bersama Nadia, Jay Jay, Ali Mamak, Abon dan Kumpulan Khalifah..... Mari kita beramai-ramai memeriahkan IKBN, Dusun Tua di Hulu Langat.... 25 dan 26 hb APRIL 2009..........

ANTARA PESERTA BINTANG KECIL


Gugup nampak hero kecil kita ini. Heroin pula nampak tenang dan bahagia sahaja di sebelahnya. Mereka menunggu giliran untuk naik ke atas pentas.


Inilah antara gaya adik-adik kita ketika beraksi di atas pentas dan di bawah pentas. amboi bergayanya......ada peserta adik-beradik kembar, peserta dari kaum cina yang dapat masuk keperingkat separuh akhir. Pelbagai ragam, kerenah dan gaya adik-adik kita ini membuat persembahan. Mereka memang cukup berbakat.

Tenang, adik-adik kita ini menunggu giliran di tempat menunggu. Ada yang masih sempat berlatih kali terakhir semasa menunggu.Penuh khusyuk adik kita ini menyanyi... untuuukkkmuuuu ..ibuuuuuuuuuu....antara lirik lagu yang didendangkan.
Inilah antara barisan adik-adik kita yang berjaya ke peringkat semi final. Kepada yang berjaya
tahniah dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi ...usaha tangga kejayaan.
Inilah antara tenaga kerja yang bertungkus lumus bagi menjayakan program pertandingan bintang kecil ini.
Ini antara sebahagian warga IKBN yang membantu menjayakan program ini. Terima kasih dari kami warga SelangorFM untuk seluruh warga IKBN, Dusun Tua, Hulu Langat.

Friday, May 1, 2009

PROGRAM PILIH KASIH

Program Pilih Kasih bersama stesen Radio RTM Negeri. Program ini melibatkan Suhan Movie & Trading SDN BHD mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelakon. Warganegara Malaysia berpeluang menjadi pelakon. Program ini dijadikan sebagai satu batu loncatan atau jambatan mereka dengan dunia seni. Pelbagai ragam, gelagat, aksi mereka yang datang menguji bakat akan dapat disaksikan pada 3 MEI 2009 hari Ahad di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tentunya juri wajib yang akan menilai gaya mereka berlakon ialah pelakon yang tak asing lagi, yang cukup glamour iaitu ROSYAM NOR..... Menurut Rosyam, beliau ingin mencari kekasih baru...beliau pernah mengambil Eja, Rita Rudaini dan Fauziah Latif. Dan sekarang beliau akan mencari 20 finalis dari semua lokasi uji bakat dan dari 20 finalis itu pemenangnya akan menjadi heroinnya dalam drama terbaru Rosyam Nor bertajuk KEKASIH....Jadi siapakah yang akan menjadi kekasih Rosyam Nor dalam drama tersebut...sama-samalah kita nantikan....

INILAH ANTARA CEBISAN SITUASI DI PLAZA ALAM SENTRAL


Dua orang peserta sedang menunggu keputusan juri. Abang kamera kita ini sangat sabar menunggu dari pukul 10pagi hingga 10malam. Penat berdiri hanya untuk memberi gambaran yang terbaik untuk siaran di TV2 nanti.

Peserta yang habir melebihi 1000 orang. Sehinggakan sesi ujibakat ditangguh ke minggu hadapannya. Sesi ujibakat untuk Shah Alam pada 3 , 9 dan 10 MEI 2009 sangat menggalakkan.
Rosyam berasa puas hati dengan penyertaan peserta. Menurut beliau peserta yang masuk untuk uji bakat merupakan peserta yang bersedia dan berbakat. Beliau menganggap program ini sebagai jambatan untuk peserta-peserta kita bergelar pelakon.