Sunday, March 28, 2010

JUARA RAKYAT @ SHAH ALAM

28 Mac 2010, SELANGORfm telah berkampung di Kompleks Ole-Ole Seksyen 18, Shah Alam bagi memeriahkan lagi program Juara Rakyat. Selain menyediakan hadiah kuiz yang banyak, penduduk sekitar Shah Alam yang datang pada hari itu turut dihiburkan oleh artis 2 generasi iaitu J. Sham, Ezad Exist, Akim dan juga Azharina.
Program Juara Rakyat ini disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Wartawan Unit Berita SELANGORfm, Zanariah Zainal Abidin dan jurukamera sedang menjalankan tugas di lokasi.



DJ Nazrie yang tak habis-habis mengusik pengunjung yang nak menjawab soalan kuiz



Kehadiran tetamu VIP, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut meriah oleh pengunjung di Kompleks Ole-Ole, Seksyen 18, Shah Alam


Temubual secara lansung di Radio Malaysia SELANGORfm yang dihoskan oleh DJ Zainal Rahman...


...bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...
...dan juga Dato' Ahmad Nawawi Md Zain.


Antara artis-artis yang memeriahkan petang di Juara Rakyat:
Ezad Exist



J. Sham




Akim



Azharina


DJ-DJ SELANGORfm yang turun demi untuk menceriakan pengunjung di Program Juara Rakyat Shah Alam

Saturday, March 27, 2010

Pesta Hari Moyang

Bertempat di Pulau Carey, Kuala Langat...SELANGORfm telah turun ke sana untuk PESTA HARI MOYANG. Satu pengalaman yang sangat menarik bagi DJ-DJ seperti DJ Zainal Rahman, DJ Sharul, DJ Fiza dan DJ Kris serta krew-krew SELANGORfm yang lain. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.





Antara persembahan kebudayaan yang sangat menarik dipersembahkan
Sesi temuramah Datuk Seri Utama Rais Yatim bersama SELANGORfm oleh DJ Zainal Rahman


Tuesday, March 9, 2010

Cerita Nenas

Haaaa...ini sekadar cerita selingan je! Bukannya apa, perjalanan menuju ke rumah Anjang di Kampung Johan Setia tu memang betul-betul menggoda tekak kami dengan longgokan nenas yang sangat la mengiurkan! Balik je dari rumah Anjang, kami pun serbu la gerai nenas pakcik ni. Borong sakan la...apa lagi!


Salam 1Malaysia: Anjang Johan Setia

9 Mac lalu, Program Salam 1Malaysia diteruskan lagi dan kali ini destinasinya ialah di Kampung Johan Setia, Klang iaitu di rumah Anjang, salah seorang pendengar setia SELANGORfm yang juga penyokong kuat pasukan bolasepak Selangor. Antara penyampai yang menyertai rombongan Salam 1Malaysia ini ialah DJ Fiza, DJ Azura, DJ Fazli dan 2 pelajar pelatih...Farah dan Samsiah.

Inilah Anjang...(berbaju kuning)

Antara menu yang disediakan sendiri oleh Anjang bagi menyambut kedatangan kami...

Dek kerana sedap sungguh masakan Anjang ni, maka kami pun makan la dengan penuh berseleranya. Kira tahap tak ingat dunia seketika la...Tapi memang sedap sungguh mi kari masakan Anjang ni!
Hasilnya bila dah kenyang...


Tiba masa untuk pulang. Penerbit Salam 1Malaysia, DJ Fazli Berahim menyampaikan cenderahati sumbangan Adilla Fittness Center kepada Anjang.

...dan kepada yang pantang jumpa 'baby', hmmmm inilah ceritanya...