Tuesday, June 23, 2009

Semi Final PGT - Cabaran 1: Kenduri Kampung

Ini pula antara tulang belakang yang menjayakan PGT...tanpa mereka, tiadalah PGT. Ketua Bahagian Rancangan (KBR)...Puan Salbiah Sharif
Penerbit Penyelaras...Puan Hamidah Aris (tengah) serta krew Puan Nora'Ashikin (kiri) dan Dassky Shah Ewas (kanan)
Penerbit PGT...DJ Azura Basir
Penerbit bersama PGT...DJ Fairus, serta krew DJ Syed

Monday, June 22, 2009

Semi Final PGT - Cabaran 1: Kenduri Kampung

Pada sebelah petang, YB Dato' Dr Karim menjemput kesemua PGT untuk bersukaneka bersama belia-belia Kampung Endah bagi mengeratkan lagi kemesraan yang terjalin selama 2 hari di sana. Walaupun keletihan kerana sejak awal pagi sibuk rewang, tapi peserta PGT ni tetap bersemangat dan yang paling penting...semua tetap ceria!
Masa untuk balik....sempat lagi bergambar dengan penduduk kampung. Kebanyakannya keluarga angkat masing-masing. Masa ni lah segala buah-buahan dikeluarkan untuk dibekalkan kepada anak angkat masing-masing.
Entah apa la yang dilihat budak empat orang ni. Macam pelik benar rupanya!

Semi Final PGT - Cabaran 1: Kenduri Kampung

Setelah berpenat-lelah...peluh pun dah membasahi baju, maka berakhirlah tugasan mereka untuk cabaran yang pertama.
Peserta PGT tekun mendengar taklimat dari KBR SELANGORfm, Puan Salbiah Sharif
Dalam pukul 2.30 petang, ketika majlis persandingan berlansung, majlis kenduri ini diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Tanjung Sepat, YB Dato' Dr Karim Mansor. Selain dari meraikan pasangan mempelai, kehadiran YB Dato' juga adalah untuk meraikan para peserta PGT ini. Terima kasih YB Dato'....PGT bergambar kenangan bersama YB Dato' Dr Karim Mansor serta Pengarah Penyiaran Selangor...Encik Isamudin Ahmad, KBR SELANGORfm...Puan Salbiah Sharif dan Penerbit Penyelaras PGT...Hamidah Aris.
Inilah pemenang cabaran pertama PGT kategori Gadis, Nasmila Manakala kategori Teruna disandang oleh Hafiz.
....dan ini pula, tuan rumah yang menerima menantu, Tuan Haji Sundari dan isteri. Berseri-seri mukanya sebab hati gembira pertama kali dapat menantu, diserikan pula majlisnya dengan gadis-gadis ayu dan teruna-teruna tampan PGT...ewah!


Ini pula...pengantin yang diraikan, Nor Rasidah & Mohd Hazmin. Cukup berseri dengan persalinan rona hijau, warna kegemaran penerbit PGT...Azura Basir!
Ada juga PGT yang ambil kesempatan menepung tawar pasangan mempelai, bukan apa...saja nak ambil berkat! Contohnya Rizal ni...ha tabur jangan tak tabur dik....
Gembira sungguh PGT ni berkampung di Kampung Endah, Banting. Ada yang kali pertama rasa bergaul dengan masyarakat Jawa...dan kali pertama makan masakan jawa yang sememangnya sedap-sedap!

Semi Final PGT - Cabaran 1: Kenduri Kampung

Inilah antara aksi-aksi cabaran para Gadis dan Teruna yang bertungkus-lumus seawal 7 pagi bagi menjayakan majlis kenduri kahwin puteri sulung Tuan Haji Sundari di Kampung Endah, Banting. Semuanya menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang sekali hinggakan juri naik pening nak bagi markah.
Dari membasuh pinggan mangkuk...hinggalah membasuh kuali, kawah dan segala yang perlu dibasuh, semuanya mereka buat dengan penuh gembira dan ceria.

Potong-memotong pun serahkan saja pada mereka. Pendek kata, orang kampung memang duduk goyang kaki aje sebab semua kerja dah pun mereka bereskan. Sambil-sambil tu, boleh la intai-intai calon menantu...ramai tuuuuuu! Jenuh nak pilih...

Tak kurang juga yang tunjukkan kemahiran memasak, walaupun rata-rata antara mereka ni...kali pertama pegang sudip besar. Apapun, semuanya sangat seronok menimba pengalaman yang tak mungkin akan dapat di kenduri-kenduri lain.
Emmmm...DJ Syed dan DJ Fairuz pun sibuk nak menyelit sama.

Yang ni pulak...kukur kelapa, tapi cara moden la sebab guna mesin. Bagus jugak budak-budak ni, lepas kukuq nyok...perah santan pulak! Memang menantu mak!
Pendek kata, mereka memang seronok sangat menjalankan tugasan dalam cabaran pertama Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm peringkat Separuh Akhir ni. Walaupun penat tapi kepenatan tu tak terasa bila sama-sama buat kerja dengan hati yang ikhlas...

Semi Final PGT - Cabaran 1: Kenduri Kampung

Setelah selesai ujibakat, peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm pun memulakan misi mereka dalam cabaran menempah tiket ke peringkat akhir yang bakal diadakan Ogos nanti.
Namun, bukan semudah yang disangka, banyak cabaran yang peru mereka lalui. Bukan senang nak jadi ikon remaja ni. Cabaran pertama yang perlu mereka lalui ialah bergotong-royong menjalankan kenduri kahwin di sebuah kampung iaitu Kampung Endah, Banting. Kampung ini dijadikan lokasi cabaran PGT kerana ia merupakan antara kampung terbaik yang ada di Selangor dan pernah 3 kali memenangi anugerah.
Sebelum memerah keringat menjalankan kerja kenduri, kesemua 16 peserta diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing yang merupakan peserta homestay di kampung tersebut. Semuanya teruja...baik peserta, mahupun keluarga angkatnya.

Gambar kenangan peserta bersama keluarga angkat dan krew SELANGORfm

Gadis-gadisnya...

...teruna-terunanya...

...dan ibubapa angkatnya.

Nasmila bersama ibu angkat

Ekin dan ibu angkat



Syatilla dan ibu angkat

Ezad dan bapa angkat yang juga merupakan orang kuat JKKK Kg Endah, En Ramlan.

Rizal dan bapa angkatnya iaitu Pak Ngah, yang sentiasa menceriakan suasana.



Yang ini pula, paling istimewa. Bukan senang nak jumpa lagi di zaman sekarang ni. Kalau dulu, ia dipanggil "Oren Bodoh", tak tau la kenapa ia mendapat gelaran tu. Tapi yang pastinya, ia sejenis air berkarbonat yang kurang gas dan kurang manis...sangat nostalgia!