Pada 8 hingga 10 Januari lalu, SELANGORfm telah turut serta memeriahkan Karnival Juara Rakyat yang berlansung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Krew SELANGORfm berasa begitu bertuah sekali kerana selain dapat bertemu penduduk Hulu Selangor, gerai SELANGORfm juga turut dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin besar negara yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet.
Banyak aktiviti telah dijalankan untuk para pengunjung oleh krew SELANGORfm. Antaranya ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga pertandingan karaoke. Punya la ramai pengunjung yang bertandang....pendek kata, tak menang tangan dibuatnya. Biarpun penat, namun kesemua yang bertugas di Bukit Sentosa sangat gembira dan berbesar hati dapat turut serta dalam program Karnival Juara Rakyat ini!
Jom kita tengok warna-warni di Bukit Sentosa bersama warga kerja SELANGORfm....

Celoteh DJ Nazrie dan DJ Kadir yang begitu mencuit hati penonton



Antara pemimpin negara yang bertandang ke gerai SELANGORfm

(Menteri Pertanian & Industri Asas Tani)

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


(Menteri Pertahanan)
...dan juga tetamu-tetamu yang lain...
Dato' Ibrahim Yahya
Dato' Aziz Satar
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
...dan juga tetamu-tetamu yang lain...

(Ketua Pengarah Penyiaran)
...yang penting, Dato' pakai T-Shirt SELANGORfm yer!

(Pelakon veteran yang diminati setiap lapisan masyarakat 1Malaysia!)
Dalam sibuk-sibuk melayan pengunjung yang begitu ramai, krew SELANGORfm sempat membantu makcik-makcik di luar gerai yang mengacau bubur Asyura.

No comments:
Post a Comment