Tuesday, March 9, 2010

Salam 1Malaysia: Anjang Johan Setia

9 Mac lalu, Program Salam 1Malaysia diteruskan lagi dan kali ini destinasinya ialah di Kampung Johan Setia, Klang iaitu di rumah Anjang, salah seorang pendengar setia SELANGORfm yang juga penyokong kuat pasukan bolasepak Selangor. Antara penyampai yang menyertai rombongan Salam 1Malaysia ini ialah DJ Fiza, DJ Azura, DJ Fazli dan 2 pelajar pelatih...Farah dan Samsiah.

Inilah Anjang...(berbaju kuning)

Antara menu yang disediakan sendiri oleh Anjang bagi menyambut kedatangan kami...

Dek kerana sedap sungguh masakan Anjang ni, maka kami pun makan la dengan penuh berseleranya. Kira tahap tak ingat dunia seketika la...Tapi memang sedap sungguh mi kari masakan Anjang ni!
Hasilnya bila dah kenyang...


Tiba masa untuk pulang. Penerbit Salam 1Malaysia, DJ Fazli Berahim menyampaikan cenderahati sumbangan Adilla Fittness Center kepada Anjang.

...dan kepada yang pantang jumpa 'baby', hmmmm inilah ceritanya...


No comments:

Post a Comment