Wednesday, April 8, 2009

Ujibakat PGT SFM di UPM Serdang


7 Mac 2009, ujibakat untuk Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm diteruskan lagi untuk lokasi yang terakhir iaitu di Jabatan Komunikasi & Bahasa Moden, UPM. Kali ini, juri yang diundang untuk menilai bakat para peserta ialah Huzz dari majalah URTV, "Hero Pujaan Satu Malaya" iaitu Rosyam Nor dan juga otai DJ SELANGORfm yang takde sape boleh ganggu gugat tahtanya...siapa lagu kalau bukan DJ JR 007 atau Zainal Rahman.


Juri-juri tengah concentrate 'mendera' peserta...


DJ JR 007


Huzz, wartawan URTV yang meletop tu...

...dan Hero Malaya, Rosyam Nor!

Gelagat Para Peserta
Pendaftaran...isi borang betul-betul ek dik...
Ini la antara skrip yang menjadi sebahagian dari ujian yang harus dilalui para peserta. Bukan senang nak mencari bakal GADIS & TERUNA SELANGORfm yang betul-betul berbakat.


Wajah seorang penerbit...ini la penerbit PGT SFM, Cik DJ Azura kita

Ini pulak Penerbit Penyelarasnya...Hamidah Aris dengan muka yang serius ya amat!

Serta Pembantu Penerbit...DJ Fairuz (kanan) dan pembantu kepada Pembantu Penerbit, DJ Syed Hisham Shah al-Shahabuddin (kiri).

DJ Azura dan Rosyam...bersama beg free SELANGORfm. Hehehehe...


DJ Azura dan Huzz...dah habis meletop ke posingnya tu?


Senyum dari kiri...DJ Fiza, Huzz URTV, Yani (depan Huzz), DJ Azura, Min, Rosyam Nor dan Gibran AGI (yang kebetulan ada urusan kat situ)

Makan Time....sedap betul makanan kat UPM ni, makan tak hengat dunia kitorang ni!

2 comments:

  1. assalamualaikum sy hrp sme dj2 akn lbh prihatin ttng sms yg di trima & klau x m'yntuh mana2 pihak atau ada kontroversi,sy rasa ia patut di baca krn p,dengar dh byr 30 sen utk 1 sms, jdi ia m,jadi 1 amanah utk di tunaikn. lain lh klau x cukup msa atau ada masaalah lain.sy m,yntuh s,cra umum utk m'mantapkn lgi k'percayaan p'dengar2 t'hadap dj2 & sfm. jdi t'pulang lh kpd dj2 & sfm (no offence). slmt maju jya bt En Hishamuddin, Pn Salbiah, sme dj2, staff2 & sme di sfm. -azizah putrajaya- -azizah_ik@yahoo.com-

    ReplyDelete
  2. http://din.umnoblog.com/2009/04/vote-dj-pilihan-di-selangorfm.html

    Vote untuk DJ pilihan mesti byk dtg dari IP yang sama. Hehehehehe

    ReplyDelete