Monday, December 7, 2009

F&W Vs. "S Kuasa Dua"!

Hmmmm...bermula Oktober lalu, F&W yang menceriakan petang anda di Radio Malaysia SELANGORfm sudah ada pasukan lawannya. Bukan lawan bergaduh, tapi lawan untuk memeriahkan lagi Segmen Hangat di Stesen Pilihan Tepat ini....

F&W yang diserikan dua DJ comel...DJ Wawa dan DJ Fairuz akan bersama dengan pendengar di hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala "S Kuasa Dua" yang dimeriahkan dua nafas baru...DJ Sharul dan DJ Shafaiza akan bersama pendengar pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Pukul berapa agaknya tu? Waktunya ialah pukul 2 petang hingga 6 petang!

Apa itu F&W dan "S Kuasa Dua"? Haaaaa...kepada yang masih belum tau, F&W ialah singkatan kepada Fairuz & Wawa. "S Kuasa Dua" pula merujuk kepada Sharul dan Shafaiza. Pelbagai segmen berbeza akan menemui para pendengar setiap hari dan yang menariknya, selain dapat membuat permintaan lagu, pendengar turut berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi kuiz yang dikemukakan!

Jadi...jangan ketinggalan mendengarkan SELANGORfm di frekuensi 100.9 fm ataupun menerusi laman web di http://selangorfm.mmu.edu.my "Bukan Sebarang Stesen"!

2 comments:

  1. F&W akan hanya tinggal kenangan..... Teruskan kuasa hangat bersama Skuasa2

    ReplyDelete
  2. Kak Wawa bunyi mcm sedih jer... kuatkan smgt, redha jelah.. pasti ada pgganti tu.

    ReplyDelete