Sempena kedatangan 2010 ni, jom kita tanya...apa agaknya azam tahun baru DJ-DJ SELANGORfm....
DJ ZAINAL RAHMAN
![]()
"Azam saya, mahu menjadi insan dan kakitangan terbaik. Ibarat kelapa, makin tua makin lemak dan berminyak."

DJ SHARUL "Azam tahun baru saya ialah ingin menjadi pekerja yang lebih cemerlang...dan anak yang terbaik kepada ibubapa saya."
DJ SHAF "Azam saya tahun ni nak pegang wang tunai RM1 juta...nak dapat payah, dapat pegang pun jadilah"
DJ KRIS

DJ FIZA

DJ DASSKY
DJ AZURA"Azam saya untuk tahun 2010 ni ialah untuk merealisasikan 3 impian saya sejak bertahun dulu iaitu memiliki rumah sendiri, menghasilkan sebuah novel dan mempunyai wang simpanan RM100,000.00 dalam akaun (ada siapa-siapa nak derma?)....harap-harapnya tercapai la azam ni. Semangaaaaaat!"
DJ FAZLI"Saya berazam mahu kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja."
DJ ZANA"Azam tahun baru 2010 saya....saya nak kahwin, nak kurangkan berat badan dan nak kumpul duit simpanan mencecah RM20,000...."
DJ NAZRIE FAHMI
"Azam saya pada 2010, nak jadi seorang yang terbaik dalam kerjaya dan hidup, InsyaAllah...serta nak langsaikan impian tahun lepas."
DJ NASA
"Azam saya....saya inginkan kesihatan yang baik dan dapat bekerja dengan sempurna. Ambil hanya hak kita dan ingin dekat denganNya."
azam Pengarah Penyiaran Selangor takder ke?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNak tumpang tanya, boleh tak saya nak download lagu yang saya minat, tetapi tak tahu tajuk lagu. Abg Zainal selalu mainkan lagu-lagu macam tu selepas ceramah motivasi pukul 6.30AM. Saya sempat tulis lirik dia.
Lagu pertama lirik dia ada sebut "senyuman bulan mengambang"
Lagu kedua lirik dia ada sebut "ramai yang datang bertepuk padamu kau senyum padaku"
Dengan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kerana hiburan abg zainal dengan Dr. HM Tuah pagi2, memang geli hati. Saya ketawa sensorang dalam keta time otw pegi kerja.