Monday, February 1, 2010

GEMPAK!!! @ SELANGORfm

Gempak....memang gempak habis apabila kesemua DJ-DJ SELANGORfm berkumpul memeriahkan para pendengar dengan pelbagai celoteh selama 18 jam keudara pada 1 Februari lalu. GEMPAK@SELANGORfm dimulakan dengan celoteh Zainal Rahman seawal 6 pagi kemudian ditemani oleh DJ Fiza yang memeriahkan suasana sehingga jam 8 pagi. Konti SELANGORfm terus GEMPAK dengan kehadiran hampir kesemua DJ-DJ pagi itu dan kali ini ia turut diserikan dengan kepulangan DJ Nas yang telah lama bercuti dan berehat. Hmmmm...cuti kahwin ke Nas? Tak adalah...marah Nas nanti!
Acara program GEMPAK@SELANGORfm kemudiannya diteruskan dengan majlis potong kek dan pulut kuning...serta pastinya acara makan-makan di Wisma Radio Angkasapuri. Pelbagai permainan dan juga celoteh para penyampainya diteruskan tanpa henti sehingga jam 12 malam. Yang pastinya, tanggal 1 Februari 2010 itu memang sangat meriah dan riang ria!
Program GEMPAK kali ini hanya melibatkan pihak SELANGORfm, namun ada banyak lagi program yang telah diatur untuk para pendengar SELANGORfm sepanjang Februari hingga penghujung Mac nanti. Antaranya ialah program "Salam 1Malaysia" di mana, DJ-DJ SELANGORfm akan datang bertandang ke rumah pendengar bertuah yang terpilih setelah mendaftar menerusi sms. Antara program lain yang telah diatur ialah perlawanan bolasepak beragam pada hujung minggu ini. Banyak lagi kemeriahan yang akan menemui para pendengar setia SELANGORfm...jadi, nantikan ye!


Jom kita tengok antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan sepanjang program GEMPAK@SELANGORfm!










Acara yang ditunggu-tunggu...makan!!!








No comments:

Post a Comment