Monday, February 8, 2010

GEMPAK: BOLASEPAK BERAGAM 10-10

Pada 7 Februari 2010 yang lalu, program GEMPAK! SELANGORfm meneruskan agendanya dengan perlawanan bolasepak beragam 10-10 antara SELANGORfm dan penduduk Taman Batu Tiga, Shah Alam.

Sebagaimana namanya "Bolasepak Beragam"...perlawanan bolasepak antara dua pasukan ini menyaksikan para pemainnya mengenakan pakaian yang berbagai ragam. Ada yang berpakaian seperti tok bomoh Jawa, ada yang memakai rambut badut, ada yang berkain batik dan Abang JR kitalah yang paling istimewa...sanggup pinjam baju kurung batik dan tudung bawal si isteri semata-mata untuk beraksi sebagai penjaga gol SELANGORfm dengan penuh ayunya!



Pasukan SELANGORfm
...antara yang turun beraksi ialah DJ Zainal, DJ Syed, DJ Kris, DJ Nazrie, DJ Nas dan juga DJ Fazli.


Pasukan lawan "Taman Batu Tiga FC" yang berkobar-kobar nak kalahkan pasukan SELANGORfm....



Perlawanan pun bermula...


Waktu yang ditunggu-tunggu...upacara penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang.


...dan juga pasukan yang kalah...eh! mengalah, bukan kalah tau!



Ooooo...ooooo...Kak Zai dah bukak tudung, panas ek? Kesian Kak Zai...auwwwww!


Inilah yang dinamakan semangat kesukanan. Kalah atau menang, bukan menjadi ukuran. Yang penting...kemesraan yang dapat dijalinkan antara SELANGORfm dan masyarakat. Diharapkan selepas ini banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan bersama para pendengar SELANGORfm.

No comments:

Post a Comment