Monday, February 1, 2010

Salam 1Malaysia: Rumah Aunty Anne

Sepanjang Februari hingga Mac ini, krew-krew SLANGORfm akan membuat kejutan ke rumah para pendengar setia Radio Malaysia SELANGORfm dalam program yang dinamakan "Salam 1Malaysia". Sebaai pembuka tirai, kami telah memilih rumah seorang pendengar yang begitu ceria sekali setiap kali suaranya keudara melayan DJ-DJ yang sedang bertugas...siapa agaknya tu? Taka lain tak bukan...Aunty Anne!
Krew SELANGORfm yang menaiki sebuah van dan sebuah kereta sampai ke rumah Aunty Anne kira-kira jam 11.30 pagi. Antara yang menyertai rombongan Salam 1Malaysia ini ialah DJ Wawa, DJ Fazli, DJ Azura, DJ Kris, DJ Fiza, DJ Shaf serta 2 orang pelajar pelatih.
Terkejut kami denga sambutan yang menanti...penuh semeja dengan pelbagai juadah untuk kami. Khabarnya, Aunty Anne bangun seawal jam 3 pagi memasak untuk menyambut kedatangan kami. Begitulah terujanya Aunty Anne!

Jom kita lihat antara yang sempat dirakamkan sepanjang kunjungan kami ke rumah Aunty Anne...

























Ini semua aksi-aksi ular sawa kekenyangan...



Kami semua juga telah membuat kejutan buat Aunty Anne yang secara kebetulan pada hari itu meraikan hari ulangtahun kelahirannya...Selamat Hari Jadi Aunty Anne!!!
Kek sumbangan SELANGORfm

Tibalah masanya untuk pulang...penerbit Salam 1Malaysia, DJ Wawa menyampaikan cenderahati eksklusif dari SELANGORfm serta penaja ADILLA FITNESS CENTER kepada Aunty Anne.

Namun demikian, DJ Wawa sempat jugak 'pau' pokok Aunty Anne yang cantik menghijau di taman larangannya tu...hepppppp! Biasa dia tu....hehehehe!


Setelah bersalam-salaman, kami pun pulang dengan keadaan perut yang kekenyangan teramat sangat. Sedap betul Aunty Anne masak...Nanti jemput la kami datang lagi yer!
Nantikan kedatangan kami ke destinasi yang seterusnya! Rumah siapakah yang bertuah kali ini...tungguuuuuuu!

1 comment:

  1. wah....seronoknyer..g umah auntie N..sedapnyer makanan...nyummy nyummy...delicious ^_^

    ReplyDelete