14 Julai 2009 baru-baru ini, bertempat di pejabat SELANGORfm, para finalis PGT telah menjalani sesi fotografi sebagai persediaan untuk pentas akhir nanti. Dengan bertemakan "Kasual & Glamour"...ternyata finalis PGT ini, kesemuanya memang hebat bergaya. Pandai membuat padanan "mix & match" sehinggakan wayar telefon pun boleh jadi aksesori tambahan, hebat mereka ni kan? Jom kita tengok sebahagian dari gambar-gambar di sebalik tabir photoshoot malam tu...


Ini pula antara aksi-aksi mereka ketika menunggu giliran untuk beraksi di depan lensa kamera. Mujur ada yang datang bawa gitar, macam-macam lagu yang keluar sebagai muzik iringan malam tu. Rupa-rupanya finalis PGT ni memang punya bakat yang besar.
Hafiz layan perasaan sambil tunggu kawan-kawan habis 'posing' sebab dia yang terawal buat.










Ini pula antara proses 'photoshoot' oleh dua jurufoto yang berpeluh-peluh malam tu. Mana taknya, sesi fotografi ni bermula selepas maghrib....pukul 12 malam baru siap.



Inilah 10 finalis yang bakal merebut gelaran GADIS & TERUNA SELANGORfm yang akan berlansung 9 Ogos ini...kesemuanya sama hebat!






No comments:
Post a Comment