Tuesday, July 28, 2009

Finalis PGT 2009: Siapakah Bakal Bergelar Juara?

Tinggal 10 hari sahaja lagi "Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm" akan menemui apa yang dicari sejak ia dianjurkan beberapa bulan lalu. 5 Gadis dan 5 teruna bakal berentap untuk menjadi GADIS & TERUNA SELANGORfm untuk musim pertama yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor. Manisnya, ia juga merupakan program realiti radio yang pertama dianjurkan oleh RTM.

Untuk peringkat akhir ini, kesemua 10 peserta akan melakukan pelbagai tugasan berkaitan bidang penyiaran. Bukan setakat rakaman suara, malahan mereka juga perlu menghasilkan skrip bagi menyiapkan jingle dan rancangan berbentuk dokumentari. Biarpun agak sukar, namun inilah pengalaman yang paling berharga buat mereka.
Pertandingan akhir PGT SFM 2009 ini bakal diadakan pada 9 Ogos 2009 di Jusco Bukit Raja, Klang. Jika anda ingin menyaksikan sendiri kesungguhan mereka dalam merebut gelaran utama iaitu GADIS & TERUNA SELANGORfm, jom datang beramai-ramai ke sana nanti bermula pukul 3 petang.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan kesemua 10 perserta PGT ini...


NURHIDAYAH ROSLI (Yaya)

Berusia 19 tahun dan masih menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibina. Yaya seorang gemarkan aktiviti lasak dan pernah menawan puncak Gunung Ledang. Walaupun demikian, beliau juga sangat meminati tarian dan pernah mewakili sekolah dan kolej dalam beberapa pertandingan menari.



NOOR IZWAN ABDUL MALIK (Izwan)Izwan berusia 24 tahun dan berasal dari Muar, Johor. Masih lagi menuntut dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hobinya suka melayari internet, menyanyi dan berdebat. Impian dalam hidupnya ialah ingin menyumbangkan sesuatu yang boleh menjadi ingatan kepada masyarakat.



SITI NUR IZAURA MOHD RAZIS (Izaura)

Gadis comel berlesung pipit ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Berusia 23 tahun, beliau sangat meminati bidang pengacaraan. Bakal memiliki ijazah dalam bidang Teknologi Percetakan dari UiTM Shah Alam, gadis ini seorang yang manja dan mampu mencairkan jiwa teruna yang cuba mendekatinya.


AHMAD ZAKI OSMAN (Zaki)
Baru berusia 21 tahun dan masih menuntut dalam jurusan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pernah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan hafazan ayat-ayat Al-Quran, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sangat gemar bermain badminton.

NUR SYAFIQAH MOHD GAWUS (Ika)

Di sebalik kelembutan, gadis berusia 22 tahun ini jangan diusik. Sekali diusik, langkah silatnya pasti dibuka. Pelajar jurusan komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa ini, selain suka membaca, dia juga suka mengusik kawan-kawan. Katanya, perkara yang paling membanggakan dirinya ialah dia boleh berpura-pura tenang walaupun sebenarnya dia takut.


MOHD KHAIRIL AMRI TAJUDDIN (Amry)Teruna kelahiran Alor Setar, Kedah ini berusia 23 tahun. Masih menuntut dalam jurusan Komunikasi Media Eletronik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Amri gemar memandu kereta dan melayari internet. Impian dalam hidupnya ialah untuk menceburi bidang penyiaran yang menjadi idaman sejak kecil lagi.


NUR ASHIKIN SHAHROM (Ekin)
Anak sulung daripada 4 orang adik beradik ini merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Berusia 24 tahun, gadis ini bercita-cita untuk menjadi seorang pereka barang kemas yang dikenali serata dunia. Masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam dalam ijazah Senireka. Selain suka menari dan menyanyi, beliau sangat suka membeli belah dan makan tomyam.


MOHD EZAD HAFIDZ HAFIZUDDIN (Ezad)Teruna yang sangat meminati angka ini berusia 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Matematik Komputer di UiTM Shah Alam. Orangnya kelakar, sekali dilihat perwatakannya persis pelakon veteran S. Shamsudin dan sangat disenangi oleh sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya.



NOR SYATILLA NOR HASHIMUDDIN (Illa)Bakal guru berusia 23 tahun ini merupakan kelahiran negeri Johor. Sangat berbakat dalam bidang tarian, gadis ini pernah mewakili institusi pengajiannya iaitu UiTM menari hingga ke peringkat kebangsaan. Biarpun hobinya menari, namun pelajaran tidak pernah diabaikan. Buktinya, beliau pernah menerima Anugerah Dekan tidak lama dulu.




MOHAMAD HAFIZ MOHAMAD RAZMAN (Hafiz)


Berusia 21 tahun, teruna ini sangat meminati sukan futsal. Biarpun bakal bergelar peguam, namun minatnya terhadap bidang penyiaran sangat tebal. Beliau kini masih menuntut dalam jurusan undang-undang di UiTM Shah Alam.

3 comments:

  1. nape yg masuk nye dak uitm dgn uia je pelik

    ReplyDelete
  2. Penerbit PGT SFM 2009July 29, 2009 at 8:12 PM

    kepada yang bertanya,
    ini merupakan musim pertama program ini dibuat dan ujibakatnya telah dijalankan di 3 IPT iaitu UIAM, UiTM dan UPM. Malangnya, peserta dari UPM hanya seorang saja yg layak ke peringkat akhir tetapi terpaksa menarik diri kerana atas sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk musim yang seterusnya, ujibakat akan dikembangkan lagi ke IPT lain di sekitar Lembah Klang dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yg berminat, tak semestinya pelajar.

    ReplyDelete
  3. A'kum,

    I am so happy that there is a competition like this. Memang patut radio station tempatan memberi peluang kepada belia-belia yang berbakat, terutamanya dalam bidang penyiaran, untuk menampilkan bakat masing-masing.

    Good luck to all the contestants!

    Oh, and I vote for Yaya just because dia MSG i kat Facebook. Hehehe...

    W'salam.

    Johan Farid Khairuddin (JFK)
    www.johanfaridkhairuddin.com

    ReplyDelete