Sunday, July 5, 2009

Separuh Akhir PGT: Debaran Pengumuman Penyingkiran

Setelah berpenat lelah melahirkan idea yang bernas dalam menjawab soalan ujian minda, dan setelah berpenat lelah selama hampir sebulan menjalankan berbagai tugasan, akhirnya kemuncak debaran datang jua. Tiba masanya untuk mengumumkan penyingkiran dan hanya 10 terbaik sahaja akan melangkah ke puncak Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm bagi musim pertama yang bakal menempa sejarah.
Tapi sebelum penyingkiran dibuat, kesemua peserta telah menghidangkan satu persembahan istimewa yang penuh emosi. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "Memori tercipta" nyanyian asal Shahila. Menurut mereka, lagu itu sangat mendalam ertinya kerana hubungan erat yang terjalin sepanjang program ini begitu mahal harganya yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit. Dalam diam, penerbit PGT pun turut sebak di belakang pentas ketika lagu ini didendangkan dengan diiringi persembahan klip video foto-foto peserta sepanjang melakukan tugasan. Apa tidaknya, banyak suka duka dikongsi bersama sepanjang sebulan tugasan dilaksanakan. Emmm...inilah program realiti namanya!

Jom kita lihat pula wajah-wajah ketika penyingkiran diumumkan...

Amri, Hafiz dan Izwan...3 teruna pertama yang terpaksa berdepan dengan pengumuman yang paling mendebar sukma! Tapi masing-masing buat muka 'macho'...lakonan je tu!

Muka cuak Ezad dan Rizal yang berakhir dengan pelukan gembira kerana kedua-duanya layak ke peringkat akhir.

Sharif dan Zaki...saat paling mendebarkan kerana hanya tinggal 1 sahaja lagi tempat kosong untuk ke peringkat akhir kategori "Teruna"

Tiba giliran "Gadis" pula untuk disingkirkan...antara Ekin, Yaya & Ain.

Seterusnya antara Cha-id, Mila & Illa pula...

Saat penyingkiran Shikin (tengah) yang diakhiri dengan tangisan yang penuh emosi


Apapun, yang tersingkir tidak bermakna tidak bagus...semuanya bagus belaka. Cuma yang membezakannya ialah nasib. Kalau tahun ini anda tidak bernasib baik, tahun depan boleh cuba lagi.

Berikut ialah senarai 10 finalis yang bakal menggegarkan pentas Akhir bagi merebut gelaran "GADIS & TERUNA SELANGORfm":

1. Nor Ashikin Shahrom (Ekin), UiTM

2. Nur Hidayah Rosli (Yaya), UiTM

3. Siti Nur Izaura Mohd Razis (Izaura), UiTM

4. Nur Syafikah Mohd Ghaus (Ika), UIAM

5. Nor Syatilla Nor Hashimuddin (Illa), UiTM

6. Mohd Ezad Hafidz Hafidzudin (Ezad), UiTM

7. Mohamad Hafiz Mohamad Razman (Hafiz), UiTM

8. Noor Izwan Abdul Malik (Izwan), UIAM

9. Ahmad Zaki Sharif (Zaki), UIAM

10. Mohd Rizal Helmi A. Razak (Rizal), UPM

* Namun demikian, Mohd Rizal Helmi tidak dapat meneruskan cabaran ke peringkat Akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun sangat kecewa, namun Rizal dengan seikhlas hati menyerahkan tempatnya untuk diisi oleh Mohd Khairil Amri Tajuddin (Amry) dari UIAM.

No comments:

Post a Comment