Sunday, July 5, 2009

Separuh Akhir PGT: Debaran Di Atas Pentas

Inilah saat yang paling mendebarkan jiwa para peserta separuh akhir PGT, hingga ada yang tak lena tidur memikirkan nak menjawab soalan ujian minda pada pentas akhir ini yang akan menentukan siapakah yang berjaya menempah tiket ke peringkat akhir.

Biarpun nampak ringkas, sekadar 3-5 minit menjawab soalan, namun inilah penentuan buat mereka kerana markah dalam menjalankan tugasan iaitu 70% dari keseluruhan markah, saingannya teramat sengit. Maka pentas akhir ini yang mewakili 30% markah, adalah penentuan kepada hala tuju mereka dalam PGT pada musim pertama ini.
Terima kasih diucapkan kepada 3 orang juri prosfesional yang mengadili kesemua 16 peserta ini sebelum 10 nama diumumkan sebagai finalis PGT SELANGORfm. Antara juri yang terlibat pada malam itu ialah Prof Normah Dali (pensyarah UiTM), Puan Noraini Ibnu (personaliti penyiaran RTM) dan seorang pelakon hebat, Haeryanto Hassan.
Jom kita lihat antara mereka yang berjaya ke peringkat akhir PGT...

Nur Hidayah Rosli (Yaya)

Ezad Hafidz Hafidzudin (Ezad)
Siti Nur Izaura Mohd Razis (Izaura)

Mohamad Hafiz Mohamad Razman (Hafiz)
Nor Syatilla Nor Hashimuddin (Illa)
Nor Syafikah Mohd Ghaus (Ika)
Ahmad Zaki Sharif (Zaki)
Dan ini pula antara yang kurang bernasib baik pada malam itu, tersingkir dari menempah tiket untuk bergelar GADIS & TERUNA SELANGORfmNursyahidah Mohd Kamil (Cha-id)
Nurul Ashikin Mohd Razali (Shikin)
Ahmad Sharif Haron (Sharif)
Nurul Ain Mohd Johdi (Ain)
Malam pentas Separuh Akhir itu juga diserikan dengan artis jemputan Sheila Abdul yang menghiburkan tetamu dengan lagu hitsnya, "Mungkinkah"...
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan buat para penaja yang turut hadir pada malam itu menyaksikan para peserta separuh akhir PGT berentap untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.
Pemenang Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm bakal menerima hadiah:
1. Wang Tunai RM2,000.00 (sumbangan Restoran Asam Pedas)
2. Pakej Percutian ke Indonesia (sumbangan LV Travel & Tours)
3. Barangan Kosmetik (sumbangan kosmetik De'Wajah)
4. Koleksi barangan LENO (sumbangan LENO)
5. Tawaran berlakon filem/drama (sumbangan SUHAN Movies)
6. Barangan cenderahati SELANGORfm

No comments:

Post a Comment