Tuesday, July 28, 2009

Finalis PGT 2009: Siapakah Bakal Bergelar Juara?

Tinggal 10 hari sahaja lagi "Pencarian Gadis & Teruna SELANGORfm" akan menemui apa yang dicari sejak ia dianjurkan beberapa bulan lalu. 5 Gadis dan 5 teruna bakal berentap untuk menjadi GADIS & TERUNA SELANGORfm untuk musim pertama yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor. Manisnya, ia juga merupakan program realiti radio yang pertama dianjurkan oleh RTM.

Untuk peringkat akhir ini, kesemua 10 peserta akan melakukan pelbagai tugasan berkaitan bidang penyiaran. Bukan setakat rakaman suara, malahan mereka juga perlu menghasilkan skrip bagi menyiapkan jingle dan rancangan berbentuk dokumentari. Biarpun agak sukar, namun inilah pengalaman yang paling berharga buat mereka.
Pertandingan akhir PGT SFM 2009 ini bakal diadakan pada 9 Ogos 2009 di Jusco Bukit Raja, Klang. Jika anda ingin menyaksikan sendiri kesungguhan mereka dalam merebut gelaran utama iaitu GADIS & TERUNA SELANGORfm, jom datang beramai-ramai ke sana nanti bermula pukul 3 petang.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan kesemua 10 perserta PGT ini...


NURHIDAYAH ROSLI (Yaya)

Berusia 19 tahun dan masih menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibina. Yaya seorang gemarkan aktiviti lasak dan pernah menawan puncak Gunung Ledang. Walaupun demikian, beliau juga sangat meminati tarian dan pernah mewakili sekolah dan kolej dalam beberapa pertandingan menari.



NOOR IZWAN ABDUL MALIK (Izwan)Izwan berusia 24 tahun dan berasal dari Muar, Johor. Masih lagi menuntut dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hobinya suka melayari internet, menyanyi dan berdebat. Impian dalam hidupnya ialah ingin menyumbangkan sesuatu yang boleh menjadi ingatan kepada masyarakat.



SITI NUR IZAURA MOHD RAZIS (Izaura)

Gadis comel berlesung pipit ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Berusia 23 tahun, beliau sangat meminati bidang pengacaraan. Bakal memiliki ijazah dalam bidang Teknologi Percetakan dari UiTM Shah Alam, gadis ini seorang yang manja dan mampu mencairkan jiwa teruna yang cuba mendekatinya.


AHMAD ZAKI OSMAN (Zaki)
Baru berusia 21 tahun dan masih menuntut dalam jurusan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pernah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan hafazan ayat-ayat Al-Quran, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sangat gemar bermain badminton.

NUR SYAFIQAH MOHD GAWUS (Ika)

Di sebalik kelembutan, gadis berusia 22 tahun ini jangan diusik. Sekali diusik, langkah silatnya pasti dibuka. Pelajar jurusan komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa ini, selain suka membaca, dia juga suka mengusik kawan-kawan. Katanya, perkara yang paling membanggakan dirinya ialah dia boleh berpura-pura tenang walaupun sebenarnya dia takut.


MOHD KHAIRIL AMRI TAJUDDIN (Amry)Teruna kelahiran Alor Setar, Kedah ini berusia 23 tahun. Masih menuntut dalam jurusan Komunikasi Media Eletronik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Amri gemar memandu kereta dan melayari internet. Impian dalam hidupnya ialah untuk menceburi bidang penyiaran yang menjadi idaman sejak kecil lagi.


NUR ASHIKIN SHAHROM (Ekin)
Anak sulung daripada 4 orang adik beradik ini merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Berusia 24 tahun, gadis ini bercita-cita untuk menjadi seorang pereka barang kemas yang dikenali serata dunia. Masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam dalam ijazah Senireka. Selain suka menari dan menyanyi, beliau sangat suka membeli belah dan makan tomyam.


MOHD EZAD HAFIDZ HAFIZUDDIN (Ezad)Teruna yang sangat meminati angka ini berusia 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Matematik Komputer di UiTM Shah Alam. Orangnya kelakar, sekali dilihat perwatakannya persis pelakon veteran S. Shamsudin dan sangat disenangi oleh sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya.



NOR SYATILLA NOR HASHIMUDDIN (Illa)Bakal guru berusia 23 tahun ini merupakan kelahiran negeri Johor. Sangat berbakat dalam bidang tarian, gadis ini pernah mewakili institusi pengajiannya iaitu UiTM menari hingga ke peringkat kebangsaan. Biarpun hobinya menari, namun pelajaran tidak pernah diabaikan. Buktinya, beliau pernah menerima Anugerah Dekan tidak lama dulu.




MOHAMAD HAFIZ MOHAMAD RAZMAN (Hafiz)


Berusia 21 tahun, teruna ini sangat meminati sukan futsal. Biarpun bakal bergelar peguam, namun minatnya terhadap bidang penyiaran sangat tebal. Beliau kini masih menuntut dalam jurusan undang-undang di UiTM Shah Alam.

Thursday, July 16, 2009

Final PGT: Di Sebalik Tabir Photoshoot Finalis

14 Julai 2009 baru-baru ini, bertempat di pejabat SELANGORfm, para finalis PGT telah menjalani sesi fotografi sebagai persediaan untuk pentas akhir nanti. Dengan bertemakan "Kasual & Glamour"...ternyata finalis PGT ini, kesemuanya memang hebat bergaya. Pandai membuat padanan "mix & match" sehinggakan wayar telefon pun boleh jadi aksesori tambahan, hebat mereka ni kan? Jom kita tengok sebahagian dari gambar-gambar di sebalik tabir photoshoot malam tu...
Rizal jadi pak andam, bantu kawan-kawan walaupun dah mengundur diri dari PGT. Namun aura PGT tetap bersemadi dalam hati....
Ini pula antara aksi-aksi mereka ketika menunggu giliran untuk beraksi di depan lensa kamera. Mujur ada yang datang bawa gitar, macam-macam lagu yang keluar sebagai muzik iringan malam tu. Rupa-rupanya finalis PGT ni memang punya bakat yang besar.Hafiz layan perasaan sambil tunggu kawan-kawan habis 'posing' sebab dia yang terawal buat.
Syatilla & Amri
Ezad & Ekin yang dah macam model gayanya


Syatilla yang tengah keliru nak pilih pakai kasut mana satu, banyak sangat kasut yang dibawa malam tu...

Hidayah (Yaya) yang dah tak sabar nak beraksi di depan lensa kamera

Ezad & Ika

Cuba teka, siapakah gadis ini...


Ini pula antara proses 'photoshoot' oleh dua jurufoto yang berpeluh-peluh malam tu. Mana taknya, sesi fotografi ni bermula selepas maghrib....pukul 12 malam baru siap.

Inilah 10 finalis yang bakal merebut gelaran GADIS & TERUNA SELANGORfm yang akan berlansung 9 Ogos ini...kesemuanya sama hebat!

Monday, July 13, 2009

Bintang Klasik Nasional 2009 Zon Tengah

Tanggal 12 Julai 2009 yang lalu telahpun berlansungnya Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional Peringkat Zon Tengah yang menggabungkan penyertaan 3 negeri iaitu Selangor selaku tuan rumah, serta Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Majlis yang berlansung di Dataran Melor, Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia.

Antara peserta yang memberikan persembahan mantap petang itu
Ini pula gandingan pengacara dari 3 stesen iaitu NEGERIfm, KLfm dan SELANGORfm
Turut diserikan dengan celoteh pelawak yang tidak asing lagi iaitu Abon, Angeline Tan dan Datuk Ali Mamak
Serta artis undangan iaitu...Ramli Sarip
serta Eja

Pada pertandingan yang diadakan setiap tahun anjuran Klasik Nasional ini, Bintang Klasik Peringkat Zon Tengah 2009 memberi kejayaan besar buat SELANGORfm apabila kesemua pesertanya mendapat tempat teratas. Berikut ialah wajah-wajah yang berjaya mengharumkan nama Selangor...

JOHAN
Zainol Roslan

Norzarina Mohd Nordin

NAIB JOHANMohd Rizal

Rosmah Sengari


Dalam kemeriahan mencari juara yang bakal mewakili Zon Tengah pada Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional nanti, para finalis PGT turut hadir bagi memberi sokongan disamping mempelajari selok-belok pembikinan sebuah program seumpama ini. Almaklumlah, kalau bercita-cita untuk menceburi bidang penyiaran, kena la belajar segalanya...tak gitu?