Wednesday, June 10, 2009

The Fabulous Cat


Ratu Novella

Sebuah lagu yang semakin mendapat tempat dihati pendengar. Lirik dan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Cat Farish dan Adeep pada tahun 2008. Lagu yang berirama hip hop ini dinyanyikan oleh empat orang anak muda yang bergabung dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai The Fabulous Cat. Kumpulan ini terdiri daripada Cat Farish, Adeep, Wangi dan Farhana. Tetapi, baru-baru ini Farhana terpaksa keluar dari kumpulan ini kerana hal-hal tertentu, tinggallah mereka bertiga. Lagu ‘Ratu Novella’ ini adalah ‘single’ mereka yang ketiga album The Fabulous Cat selepas lagu Slot Akasia. Lagu Ratu Novella ini sebenarnya mengisahkan seorang wanita atau gadis yang bermuka-muka. Mereka yang hebat berlakon dihadapan orang-orang tertentu. Lebih glamor lagi bila dipanggil 'Drama Queen'....... Kepada anda semua janganlah jadi seperti RATU NOVELLA...... kerana setiap perbuatan kita memberi kesan kepada orang lain, baik yang baik mahupun yang kurang baik...Fikir-fikirlah.....

No comments:

Post a Comment