Thursday, June 4, 2009

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NEGERI SELANGOR

Pertandingan Akhir Bintang Klasik berlangsung pada 30 Mei 2009 di Komplek Rakan Muda, Sementa, Klang. Pertandingan yang berlangsung pada pukul 9.00malam itu, meriah dengan penduduk setempat yang hadir memberi sokongan. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan semasa pertandingan berlangsung.

Pengacara pada malam itu, Ida Moin dan Norkhairiah. Celoteh mereka membuat penonton tidak kering gusi.
Antara aksi peserta Bintang Klasik sewaktu mendendangkan lagu diperingkat final.

Tetamu VIP yang hadir, Pengarah SelangorFM, En. Isamuddin, Dato' Abdul Rahman Bin Palil, Tn. Hj Keliwon Pajhar, Pengarah Siaran dan Pn. Hjh Norliza merupakan Pengarah Urusan Rancangan Radio.


Inilah juri yang menilai vokal, persembahan dan penampilan peserta-peserta. Dari kanan En. Anip, En. Asnawi dan En. Rosli.



Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah disampaikan oleh Dato' Abd Rahman Patail.

Inilah wajah-wajah pemenang. Dari kiri Amirul pemenang ketiga kategori lelaki, tempat kedua, Zainol, tempat pertama Mohd RIzal dan bagi kategori wanita dari kanan tempat ketiga Shila, tempat kedua, Zarina dan tempat pertama, Rosmah. Tahniah kepada semua pemenang.



DJ-dj Selangorfm yang sibuk menjayakan pertandingan. Shamsul Alwan, Dj Nas, Dj Fairus, Dj Syed dan DJ Kadir.


Penari-penari 'Chuk Ana' yang tampil membuat persembahan menyerikan pertandingan pada malam itu.



Kemeriahan orang ramai yang menyaksikan pertandingan, rata-rata memuji kemantapan vokal finalis bintang klasik.
Terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan terutama penduduk sekitar Kompleks Rakan Muda. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dari kami warga Radio Malaysia Selangorfm.

No comments:

Post a Comment